MANFAAT
KUNYIT
1. Meredakan
Jangkitan Kulit
Jangkitan kulit yang
disebabkan kerana luka bakar, cedera, ataupun terpapar sinar matahari secara
berlebihan dapat Anda sembuhkan dengan cara meminum kunyit asam. Hal ini
dikeranakan terdapat khasiat kunyit yang
memiliki sifat anti inflamasi.
2. Detoksifikasi
Manfaat kunyit yang kedua iaitu dapat membantu proses
detoksifikasi di dalam tubuh. Hal ini dikeranakan kunyit memiliki kemampuan
untuk mengeluarkan racun di dalam tubuh, dengan begitu Anda dapat memperoleh
keadaan tubuh yang lebih sihat.
3. Mencerahkan
Kulit
Pada asasnya kunyit dapat
digunakan untuk menghilangkan racun di dalam tubuh (detoksifikasi), dimana hal
ini juga dapat berdampak positif bagi kulit. Oleh kerana itu, Anda dapat
memiliki kulit yang bersih dan cerah dengan cara meminum air kunyit secara teratur.
4. Menjaga Berat
Badan yang Sihat
Anda dapat meminum minuman
kunyit ketika Anda ingin mengawal berat
badan. Hal ini dikeranakan minuman kunyit
dapat menekan nafsu makan, sehingga dapat membantu Anda terhindar dari
keinginan untuk makan makanan yang berlebih.
5. Membantu
Menurunkan Berat Badan
Selain dapat membantu Anda
dalam menekan nafsu makan, ternyata khasiat jamu kunyit juga dapat membakar lemak dalam tubuh.
Sehingga minuman tradisional ini dapat menjadi cara yang efektif untuk
menjalani program diet dan menurunkan berat badan.
6. Memperlancar
Kitaran Haid pada Wanita
Salah satu manfaat jamu
kunyit bagi wanita iaitu dapat membantu
melancarkan kitaran haid pada wanita. Seperti yang telah diketahui bahawa
beberapa faktor seperti stres dan keletihan dapat menyebabkan kitaran haid pada
wanita menjadi tidak lancar. Pada kes ini, Anda dapat meminum jamu kunyit untuk memperlancar kitaran haid.
7. Mencegah Penuaan
Awal
Salah satu cara untuk
memperlambat proses penuaan adalah dengan cara meminum jamu kunyit secara teratur. Hal ini dikeranakan
kunyit mengandungii antioksidan yang
dapat berperanan untuk membantu proses peremajaan kulit sehingga dapat mencegah
penuaan awal.
8. Mengatasi Bau
Badan
Meskipun Anda dapat
menggunakan deodorant atau pewangi untuk menyamarkan bau badan, Anda juga dapat
menghilangkan bau badan secara efektif dengan meminum jamu kunyit secara teratur. Untuk mendapatkan hasil yang
optimal, Anda dapat mengkombinasikannya dengan daun luntas.
9. Mengubati
Jangkitan Tenggorok
Manfaat kunyit yang selanjutnya iaitu dapat digunakan untuk
mengubati jangkitan tenggorok. Hal ini dikeranakan kunyit mengandungi
antibakteria, sehingga dapat mengubati berbagai penyakit yang disebabkan oleh
bakteria penyebab jangkitan.
10. Mengubati Diare
Pada jamu kunyit mengandungi senyawa atsiri yang dipercaya
dapat mengentalkan cairan serta memperlambat fasa yang selanjutnya dapat
membantu mencegah dan mengubati diare. Untuk hasil yang optimal, Anda dapat
meminum jamu kunyit sebelum tidur.
11. Mengubati
Anemia
Jika Anda sedang mengalami
anemia atau kurang darah, kunyit dapat
menjadi solusi yang tepat untuk mengatasinya. Hal ini dikeranakan kunyit mengandungi zat besi yang dapat meningkatkan
sel darah merah, yang selanjutnya dapat mengubati anemia.
Cara
Membuat Jamu Kunyit Asam
Bahan-bahan yang
diperlukan:
§
Kunyit sebanyak 1/2 kg
§
Brown Sugar atau gula melaka sebanyak 1/4kg
§
Asam jawa sebanyak 1/2kg
§
Air masak/mineral sebanyak 2 liter
§
Garam sebanyak 1/6 sudu teh
Langkah-langkah membuat
jamu kunyit asam jawa:
1.
Cucilah kunyit hingga bersih.
2.
Parut atau blender kunyit yang telah
dibersihkan hingga halus.
3.
Saring kunyit yang telah dihaluskan untuk
memperoleh sarinya.
4.
Rebus air perahan kunyit tersebut dengan 2
liter air masak, gula melaka, garam, dan asam jawa.
5.
Kacau seperlunya lalu tunggu hingga mendidih.
6.
Bila telah mendidih, matikan api lalu diamkan
beberapa minit sehingga dingin.
7.
Jamu kunyit siap disajikan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas koment/teguran/sokongan tuan. InsyaAllah segala pengesyoran tuan akan saya pertimbangkan. Tuan boleh juga membuat pertanyaan ke talian +60129086425 samada melalui telegram/whatsapp/sms