KENALILAH SAYA

Saya dilahirkan di Temangan, Kelantan. Mempunyai 4 adik beradik, seorang isteri HJH. NAZINI BTE MOHD NOOR dan 6 anak (2 perempuan – SITI SHAHIRAH, SITI SHAHRIAH dan 4 lelaki – AHMAD SHAHIDIN, AHMAD SHAFIQ, AHMAD MUSTAQIM, AHMAD MUS’AB UMAIR). Pada tahun 1999 saya membuka pusat rawatan di Pulau Melaka, Kelantan secara berkongsi dengan seorang sahabat (kini sudah kembali ke Rahmatullah - Al Fatihah untuk Tuan Hj Shukri). Pada tahun 2004 secara berdikari saya membuka Pusat Rawatan Qalbun Salim di Taman Sabariah, Kota Bharu, Kelantan. Rawatan adalah berdasarkan Ruqyah Syar’iyyah. 

Saya pernah berkhidmat sebagai Inspektor Polis dari tahun 1982 – 1994 dan kemudian berhenti kerana hendak menumpukan sepenuh masa di bidang Ilmu Kerohanian.

Saya kini giat menjalankan kursus-kursus/bengkel Kerohanian seantario Malaysia.

Dengan keizinan dari Allah SWT saya telah dapat melahirkan ramai siswa-siswa Kerohanian yang bertaburan di Malaysia dalam menabur bakti kepada masyarakat di bidang Rawatan dan Pertahanan Diri

PENGIKTIRAFAN PENGAJIAN
Divine Healing YBSD,Grand Master of Metaphysic Guide, Grand Master of Nur Alif Tafakur, Grand Master of Kawasajati, Grand Master Of Ilahiah Frequency, Grand Master Of Ismul ‘Adzom, Grand Master Of Silahul Mukmin (Indonesia), Master Energy Healer (USA), Master Reiki & Seichim (Aust), Dip. Acupuncture (Malaysia), Adv. Cosmetic Acupuncture (Indonesia), Adv. Cosmetic Acupuncture (China)


Pengalaman Menulis :

1. Majalah Bicara
2. Majalah Variasi
3. Majalah Variasari
4. Majalah Umph
5. Akhbar Sinar Harian
6. Majalah Feminin
7. Akhbar Buletin Rakyat

Pengalaman lain:

1. Mengadakan Kursus Kekuatan Minda Berdasarkan Kaedah Bioenergiologi kepada 10 Pengarah dari Jabatan Undang-undang PutraJaya.
2. Artikel tentang Bioenergiologi Dalam Pendidikan Anak-anak dalam Utusan Malaysia
3. Bapa Contoh dalam Utusan Malaysia tahun 2003.
4. Kaedah Tafakur dalam Berita Harian tahun 2004.
5. Tafakur Untuk Pelajar dalam Majalah Fokus tahun 2004.
6. Frigid Bagi Kaum Wanita dalam Majalah i tahun 2004.
7. Personaliti Lelaki dalam Majalah Mingguan Wanita tahun 2004.
8. Menjadi Artis radio RTM dalam Program Dinamik tajaan JAKIM dalam membincangkan perihal Kerasukan, Stress, Emosi dan Gangguannya, Sihir, Akhlak dll.
9. Menjadi Artis radio RTM dalam Program Al Falah tajaan JAKIM.
10. Mengadakan kursus kepada pelbagai sektor samada kerajaan, swasta atau individu.

Saya juga mengadakan latihan pernafasan untuk memantapkan kesihatan tubuh dan kecerdasan otak kepada warga emas, remaja dan murid sekolah serta kaedah penyembuhan diri sendiri.

Saya menjalankan pelbagai kursus di serata Tanah Air termasuk Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Mempunyai murid melebihi 4000 orang serata Tanah Air, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura, Jepun, Ireland, Indonesia, Qatar, Arab Saudi, Mesir, Yaman.

Semoga apa yang saya usahakan ini diterima oleh Allah SWT sebagai satu ibadat dan berkembang ke seluruh dunia.

Namun, saya bukanlah seorang yang ’SAKTI’, ‘HEBAT’ dalam ilmu persilatan dan kanuragan. Hanya hendak berkongsi pengalaman dan kebolehan dengan masyarakat.



KURSUS PENYEMBUHAN SPIRITUAL

Kami menyediakan PENGAJIAN KEROHANIAN ini dalam 2 Pekej iaitu: PEKEJ A (Perawat) Pekej ini sangat diperlukan bagi anda yang ingin...