Monday, January 17, 2011

SITI ZAINAB (CUCU RASULULLAH SAW)

Siti Zainab adalah adik kandung dari Hasan dan Husin.Dia dilahirkan di Madinah pada 1 Sya'ban 5 H. Sebelum kelahiran puteri Sayyidina Ali yang ketiga ini, puteri Rasulullah SAW yang bernama Zainab wafat. Maka untuk mengenang puterinya yang baru meninggal, Rasulullah SAW memberi nama bayi yang baru lahir dari puterinya yang tercinta Fatimah dengan nama yang sama iaitu Zainab. Di masa kecil Zainab hidup dalam bimbingan Datuknya (Rasulullah SAW) dan di bawah asuhan kedua orang tuanya (Ali bin Abi Thalib dan Fatimah binti Muhammad). Tidak berlebihan apabila beliau disebut sebagai salah seorang wanita paling istimewa dalam kalangan ahli bait (keluarga Rasulullah SAW) kerana Zainab telah menimba ilmu secara langsung dari saudara kandungnya dan kedua orang tuanya.

Siti Zainab menikah dengan anak bapa saudaranya (sepupu) iaitu Abdullah bin Ja'far bin Abi Thalib dan dikurniakan empat putera (Ali, Muhammad, Abbas, dan A'un) dan seorang puteri (Ummu Kaltsum). Dua puteranya Muhammad dan A'un gugur bersama bapa saudaranya (Husin) dalam perang Karbala.

Siti Zainab merupakan sumber ilmu dan suri tauladan bagi kaum muslimah kerana hampir seluruh hidupnya telah dicurahkan bagi kepentingan pengembangan agama Islam terutama dalam mencetak para cendekiawan muslimah. Beliau telah mendirikan sekolah-sekolah di Madinah dan Kufah, Iraq. Beliau juga termasuk ahli tafsir, fiqh dan perawi hadith. Sayyidah Zainab hijrah ke Karbala bersama abangnya (Husin). Setelah peristiwa Karbala, beliau kembali lagi ke Madinah dan pada masa Khalifah Abdul Malik bin Marwan beliau bersama-sama dengan suaminya pergi ke Syam dan tinggal di desa Ghutha, suatu perkampungan di pinggiran kota Damaskus. Beliau wafat pada tahun 65 H dalam usia 60 tahun.

KELEBIHAN KUNYIT

MANFAAT KUNYIT
1. Meredakan Jangkitan Kulit
Jangkitan kulit yang disebabkan kerana luka bakar, cedera, ataupun terpapar sinar matahari secara berlebihan dapat Anda sembuhkan dengan cara meminum kunyit asam. Hal ini dikeranakan terdapat khasiat kunyit  yang memiliki sifat anti inflamasi.
2. Detoksifikasi
Manfaat kunyit  yang kedua iaitu dapat membantu proses detoksifikasi di dalam tubuh. Hal ini dikeranakan kunyit memiliki kemampuan untuk mengeluarkan racun di dalam tubuh, dengan begitu Anda dapat memperoleh keadaan tubuh yang lebih sihat.
3. Mencerahkan Kulit
Pada asasnya kunyit dapat digunakan untuk menghilangkan racun di dalam tubuh (detoksifikasi), dimana hal ini juga dapat berdampak positif bagi kulit. Oleh kerana itu, Anda dapat memiliki kulit yang bersih dan cerah dengan cara meminum air kunyit  secara teratur.
4. Menjaga Berat Badan yang Sihat
Anda dapat meminum minuman kunyit  ketika Anda ingin mengawal berat badan. Hal ini dikeranakan minuman kunyit  dapat menekan nafsu makan, sehingga dapat membantu Anda terhindar dari keinginan untuk makan makanan yang berlebih.
5. Membantu Menurunkan Berat Badan
Selain dapat membantu Anda dalam menekan nafsu makan, ternyata khasiat jamu kunyit  juga dapat membakar lemak dalam tubuh. Sehingga minuman tradisional ini dapat menjadi cara yang efektif untuk menjalani program diet dan menurunkan berat badan.
6. Memperlancar Kitaran Haid pada Wanita
Salah satu manfaat jamu kunyit  bagi wanita iaitu dapat membantu melancarkan kitaran haid pada wanita. Seperti yang telah diketahui bahawa beberapa faktor seperti stres dan keletihan dapat menyebabkan kitaran haid pada wanita menjadi tidak lancar. Pada kes ini, Anda dapat meminum jamu kunyit  untuk memperlancar kitaran haid.
7. Mencegah Penuaan Awal
Salah satu cara untuk memperlambat proses penuaan adalah dengan cara meminum jamu kunyit  secara teratur. Hal ini dikeranakan kunyit  mengandungii antioksidan yang dapat berperanan untuk membantu proses peremajaan kulit sehingga dapat mencegah penuaan awal.
8. Mengatasi Bau Badan
Meskipun Anda dapat menggunakan deodorant atau pewangi untuk menyamarkan bau badan, Anda juga dapat menghilangkan bau badan secara efektif dengan meminum jamu kunyit  secara teratur. Untuk mendapatkan hasil yang optimal, Anda dapat mengkombinasikannya dengan daun luntas.
9. Mengubati Jangkitan Tenggorok
Manfaat kunyit  yang selanjutnya iaitu dapat digunakan untuk mengubati jangkitan tenggorok. Hal ini dikeranakan kunyit mengandungi antibakteria, sehingga dapat mengubati berbagai penyakit yang disebabkan oleh bakteria penyebab jangkitan.
10. Mengubati Diare
Pada jamu kunyit  mengandungi senyawa atsiri yang dipercaya dapat mengentalkan cairan serta memperlambat fasa yang selanjutnya dapat membantu mencegah dan mengubati diare. Untuk hasil yang optimal, Anda dapat meminum jamu kunyit  sebelum tidur.
11. Mengubati Anemia
Jika Anda sedang mengalami anemia atau kurang darah, kunyit  dapat menjadi solusi yang tepat untuk mengatasinya. Hal ini dikeranakan kunyit  mengandungi zat besi yang dapat meningkatkan sel darah merah, yang selanjutnya dapat mengubati anemia.

Cara Membuat Jamu Kunyit Asam
Bahan-bahan yang diperlukan:
§  Kunyit sebanyak 1/2 kg
§  Brown Sugar atau gula melaka sebanyak 1/4kg
§  Asam jawa sebanyak 1/2kg
§  Air masak/mineral sebanyak 2 liter
§  Garam sebanyak 1/6 sudu teh

Langkah-langkah membuat jamu kunyit asam jawa:
1.  Cucilah kunyit hingga bersih.
2.  Parut atau blender kunyit yang telah dibersihkan hingga halus.
3.  Saring kunyit yang telah dihaluskan untuk memperoleh sarinya.
4.  Rebus air perahan kunyit tersebut dengan 2 liter air masak, gula melaka, garam, dan asam jawa.
5.  Kacau seperlunya lalu tunggu hingga mendidih.
6.  Bila telah mendidih, matikan api lalu diamkan beberapa minit sehingga dingin.
7.  Jamu kunyit siap disajikan.



KURSUS PENYEMBUHAN SPIRITUAL

Kami menyediakan PENGAJIAN KEROHANIAN ini dalam 2 Pekej iaitu: PEKEJ A (Perawat) Pekej ini sangat diperlukan bagi anda yang ingin...